Daftar Sekarang

Ia amat memerlukan Pengetahuan, Pendedahan dan Pengalaman

Jaguh Academy

Dapatkan tips percuma pasaran kewangan dengan mendaftar newsletter Jaguh Academy!

Pertama sekali, apakah itu Forex?

Adakah forex menguntungkan? Jawapan saya adalah ya, perniagaan forex sangat menguntungkan.

Apa kata mereka mengenai kelas forex?

Dengarkan testimoni daripada mereka yang telah mengikuti khusus forex.

Infor berkaitan forex?

Anda boleh dapatkan tips atau artikel berkaitan forex di sini.

Tuesday 13 November 2012

Tahukah anda forex adalah perniagaan yang boleh mencapai keuntungan 300%


Inginkah anda menceburkan diri dalam dunia Forex? Benar keuntungan adalah 300% tetapi dengan syarat ada mengikuti cara trader profesional.Tidak dinafikan forex makin popular dan mula meniti dari mulut ke mulut. Kini semakin ramai yang mula membuka mata untuk mencuba nasib. Namun ingatlah ramai jugayang kecewa setelah menceburkan diri dalam forex.

Forex adalah bidang yang berisiko tinggi. Namun dengan ilmu yang dipelajari dari trader profesional, risiko ini dapat diminimakan. Dalam apa bidang sekali pun, tidak salah untuk kita mencuba tapi persiapan dan juga pengorbanan perlu dilakukan seiringdengan kemahuan kita. 

Saya bagi contoh agar mudah difahami risiko di dalam forex. Ia seperti kita pengguna jalan raya. Di situ wujudnya lori, kereta, motorsikal dan pelbagai kenderaan lagi. Perjalanan kita lebih selamat sekiranya kita menggunakan kereta berbanding motorsikal. Namun kita kena ingat naik kereta kos minyak lebih tinggi, kena bayar told an ada kemungkinan terperangkap dengan kesesakan lalu lintas.

Bagi penunggang motorsikal di jalan raya memang berisiko tinggi, namun situasi itu dapat ditangani dengan, memakai topi keledar yang sesuai, memakai jaket keselamatan, memastikan motorsikal di dalam keadaan baik. Kelebihannya pula kos minyak lebih murah, tidak mudah terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas, senang nak buat u turn di mana-mana, masalah parking pun tak timbul dan macam-macam lagi. Begitu juga forex. Selagi anda mengambil apa jua langkah-langkah keselamatan, risiko kerugian dapat diminimakan.

Dan bagaimana meminimakan risiko kerugian itu adalah berguru dengan trader  profesional!!!

Apakah kelebihan forex:

1)Tidak perlu cari downline/networking
2)Tiada perlu jual produk
3)Tidak perlu maintain PV(Point dalam MLM)
4)Tidak perlu meeting
5)Hanya trade dengan selesa di mana-mana selagi ada liputan Internet

Dan banyak lagi…

 Jadilah rebutlah peluang ini dengan berguru dengan trader yang betul!!

Masih ramai kalangan kita yang menganggap forex boleh dijadikan permainan dan untuk dibuattekaan semata. Akibatnya mereka dimainkan oleh forex hanya sekelip mata. Malah ada yang rugi 10,000 USD hanya dalam masa satu malam!!!.

Sekiranya ini yang anda lakukan sekarang, nasihat saya hentikanlah kerana lambat-laun ia akan membawa padah yang besar kepada diri anda sendiri.Sebaiknya renungkan kembali, fikir dan bayangkan siapakah golongan 3-5% yang berjayadalam urusniaga forex ini?Berapa banyakkah pengalaman mereka? Adakah kita boleh berfikir seperti mana mereka fikir?

 Apakah kita boleh menganalisa seperti mana mereka menganalisa pasaran?

Adakah kita boleh mengambil tindakan seperti mana mereka ambil? Siapakah mereka? Mereka adalah individu profesional dalam urusniaga forex iaitu bank-bank dan juga fund manager. Mereka adalah orang telah mendapat latihan khusus yang ditajaoleh syarikat dimana mereka bertugas. Justeru itu tanyakan kembali siapakah kita yang barumendengar perkataan forex hanya beberapa bulan /minggu/ hari yang lalu. Dengan tanpamelihat kekiri dan kanan cuba untuk membuat kajian sendiri mengharapkan kita akanmencapai dan mendapat satu formula untuk trading lalu memasukan modal dalam akauntrading forex. Sekiranya ini yang berlaku sungguh malang sekali nasib kita kerana wangyang ada itu tidak akan mencukupi untuk kita terus menjalankan kajian. Percayalah.Nasihat saya belajarlah untuk menjadi sepertimana golongan professional dalam forex. Sayalebih kepadamengajar dan membentuk individu untuk menjadi profesionalketikamenjalankan urusniaga forex dari terus mengajar mendapatkan duit dari forex.

Bagi saya sekiranya segala langkah tindakan dan keputusan adalah di tangan anda. Anda akan menjurus kepada seorang yang profesional justeru itu keuntungan/duit itu akan datang secara sendirinya.

Percayalah ilmu Ini lebih bersifat kekal kerana anda akan dapat mengikuti dalam apa keadaan pasaran sekalipun daripada anda bergantung pada indikator yang pastinya tidak dapat mengikuti padasemua keadaan pasaran. Ingin saya tekankan disini, pasaran forex adalah bersifat organik dan adalah mustahil satu-satu indikator boleh digunakan dengan jayanya dalam keadaan pasaran yang berubah-ubah!!!

Yang hebatnya ilmu forex ini anda boleh perturunkan kepada generasi anda. Ilmu ini amatlah bermanfaat dan boleh diwarisi dari generasi ke generasi. Mungkin ada tidak mempunyai  syarikat besar untuk ditinggalkan sebagai wasiat, tiada tanah berbidang-bidang tetapi ilmu forex ini seolah-olah lubuk emas yang tidak akan putus-putus rezekinya khas untuk anak-anak anda.

Justeru itu ambillah kesempatan ini dengan belajar mulai sekarang. Cukuplah mengharapkan skim-skim cepat kaya atau apa sahaja yang berkaitan dengannya.



Friday 9 November 2012

Pengalaman Saya Sendiri

Saya telah melihat potensi forex sejak tahun 2009. Namun begitu saya bermula dengan cara yang salah.

Saya trade tanpa ilmu dan menggunakan robot dan indicator. Lumrah "MC" tu perkara biasa. Kalau dikumpul jumlah kerugian saya seolah-olah boleh membina sebuah banglo :)

Sehinggalah pada Oktober 2010, semasa mencari indicator dan robot yang dijual di bharian.online.

Saya berbelah bahagi sama ada ingin terus menggunakan khidmat robot / indicator dan terus mengalami kerugian demi kerugian atau berguru dengan trader professional.

Orang yang saya maksudkan ialah CIKGU KAMAL KASIMAN. Iklannya turut berada di iklan bharian online pada masa itu.

Tanpa melengahkan masa, saya terus menelefonnya. Di sepanjang perbualan dengan beliau, satu perkataan yang saya pegang dan tidak dapat lupakan sampai sekarang. Ianya sekaligus menjadi pemangkin dan semangat untuk belajar menjadi "Trader" profesional seperti beliau. Ayat  yang dimaksudkan ialah :-..."Sekiranya robot itu hebat, kenapa fund manager bank tidak install sahaja dan menunggu keuntungan semata-mata”. Itulah sifu saya!!!

Saya terkedu sebab mengingatkan penggunaan robot dalam trade saya sebelum ini memang ada keberkesannya ke arah menjurus akaun saya menjadi MC!!!

Jika anda ingin menceburkan diri dalam pasaran kewangan/Forex, anda harus mempelajari ilmu Teknikal Analisis. Forex bukanlah satu permainan atau boleh dicuba tanpa pengetahuan. Statistik menunjukkan 95% trader kecundang dalam tempoh 6 - 12 bulan yang pertama

Mengapa ini terjadi??? 

Benar !!! Forex boleh dilakukan dimana sahaja asalkan anda mempunyai komputer & internet. 
Benar !!! Forex boleh menjana pendapatan lumayan & mengubah kehidupan keluarga anda.
Benar !!! Forex boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tidak kira apa latar belakang pendidikan anda. 

Jika kesemuanya benar, mengapa ramai trader yang gagal?

Jawapannya ialah ilmu Forex itu sendiri dan sikap kita yang ambil mudah. Soalnya; ilmu dan sikap yang bagaimana? Di sini anda akan diajar sehingga mahir dan tenaga pengajar pula adalah pengajar/trader yang berkecimpung selama 18 tahun pengalaman. Pengalaman ini akan dikongsi bersama anda semua agar berfikiran seperti seorang trader yang professional.

Daftar Di sini Untuk Menjadi Trader Profesional


(Kelebihan Anda Mempunyai Akaun real + Pembelajaran Tanpa Had)


Video Testimoni

Berikut merupakan testimoni daripada peserta sebelumnya!

Ini adalah bengkel  offline yang dijalankan pada tahun 2011. Namun demikian bengkel-bengkel offline telah digantikan dengan kelas Online menggunakan Webinar. Di mana para peserta hanya perlu mempunyai talian internet yang stabil, microphone yang berkualiti agak baik.



Testimoni Peserta Kursus Jaguh Forex pada 5 Februari 2011



Testimoni Kursus Jaguh Forex pada 12 Februari 2011 di Duta Ria



Testimoni Jaguh Forex 15 Januari 2011



Testimoni Keberkesanan Kursus Jaguh Forex



Komen Peserta Kursus Jaguh Forex pada 16 April 2011



Komen Peserta Kursus Jaguh Forex pada 2 April 2011

Maklumat Kursus

Tahukah anda, anda tidak perlu lagi mengeluarkan duit yuran pembelajaran untuk menghadiri kelas forex.
Anda membuka real akaun. Akaun real itu milik anda.Kini anda tidak perlu lagi membayar yuran untuk belajar Teknikal Analisis.
Anda akan diajar berfikir dan menganalisa chart sebagaimana trader profesional.
Dibimbing oleh tenaga pengajar/trader yang mempunyai 18 tahun pengalaman. Hanya daftar dan ikuti Kelas Online (webinar) belajar di rumah anda tidak kira anda di mana.


Webinar. Online Di mana Sahaja!!!!
Percaya atau tidak tidak ada kos tersembunyi!!!!!

Peluang Sebegini Sukar Anda Temui,
Jadi Bacalah Dengan Teliti


Sukacita dimaklumkan selesai sahaja kita mendaftar atau membuka akaun real dan mendeposit USD$1000 sebenarnya anda telah automatic menjadi ahli Jaguh Academy.
Anda ada real account dan pada masa yang sama anda akan diajar sehingga mahir, tanpa had masa.
Belajarlah sehingga trade anda telap mantap walaupun perlu menghadiri kelas.Anda tidak perlu pening kepala lagi untuk membayar Yuran kerana anda telah pun dikira sebagai ahli.
Ini melayakkan anda untuk mengikuti kelas Online dan jadual kelas itu adalah seperti di bawah:

a) KELAS ASAS: Sabtu & Ahad (9.00am – 1.30pm)

KELAS ASAS adalah pengenalan secara menyeluruh kepada silibus/topik yang akan diajar:

++ Money Management: cara pengiraan yang terperinci
++Candlestick: kejadian cerita disebaliknya
++Stratergi: apakah rancangan kita Buy/Sell
++Support & Resistance: dimana yang nyata
++Fibonacci: penggunaan secara kreatif
++Trendline: fungsi di TF berlainan & cara menarik
++Moving Average: kesesuaian setting
++Entry: jenis entry mengikut pasaran
++Rumusan: perancangan, mengenal pasti awal & hujung trend, setup melihat MT4, data didalam chart, entry, TP & SL

Selain topik diatas, anda juga diajar membuat analisa mingguan bagi persediaan menghadapi trading untuk minggu hadapan termasuk mengenal pasti apakah strategi dan juga trading style yang perlu digunakan walaupun pasaran belum bermula.


2) KELAS REVISION: Isnin & Jumaat (9.00pm – 11.30pm)

Untuk pengetahuan anda kelas revision ini dibuat 2 kali seminggu. Anda akan bersama tenaga pengajar melihat pada real chart dengan tip-tip pembelajaran untuk trading sebenar. Pendedahan live chart ini akan memberi gambaran sebenar situasi market yang berbeza-beza. Sebagainya contoh kita tahu 2+2=4. Tetapi bila 1+1+1+1=4. Jawapannya tetap 4 tetapi olahannya berbeza. Begitu juga market/pasaran.

Di sinilah pembelajaran sebenar anda bermula berdasarkan live chart. Kelas ini diulang-ulang mengikut silibus/topik yang dipelajari ketika Kelas Asas (Sabtu & Ahad) yang pernah anda ikuti. Walaupun silibus/topik yang sama diulang, anda akan menemui perkara yang baru dalam setiap Kelas Revision.

3) KELAS ANALISA: Ahad (9.00pm – 11.30pm)

KELAS ANALISA ini akan dibuat 2 kali sebulan, selang seminggu. Kelas Analisa Bersama Pengajar menekan serta mendedahkan bagaimana kita melihat dan menganalisa pasaran sebelum pasaran itu bermula.

Dalam kelas ini anda mendapat tip-tip pair mana yang sesuai untuk kita trade, dimana kita harus Buy/Sell dan dimana harus kita keluar atau TP. Keunikan Kelas Analisa ini ialah, ianya memberi kita pendedahan yang berlainan pada setiap minggu kerana sifat pasaran itu hidup.

Di sinilah anda akan dilatih bagaimana untuk melihat, menganalisa dan bertindak jika pasaran dalam keadaan tertentu. Ramai ahli baru didalam kelas terkejut kerja analisa pasaran dilakukan pada hari Sabtu & Ahad.

Ini kerana pada fikiran kita apa yang hendak dikaji kerana market/pasaran tutup dan chart tidak bergerak. Itulah bezanya trader professional dengan amatur. Makin lama anda mengikuti kelas ini makin anda rasa nampak dan memahami pergerakan atau percaturan sesuatu market.


Kesimpulannya:

Setelah membuka akaun CMtrading ini, anda layak mengikuti kesemua kelas diatas tanpa bilangan had. Sistem pembelajaran online ini memudahkan anda tanpa perlu menghadirkan diri, hanya belajar dari rumah. Ia menggunakan platform “webinar”.

Apa yang anda perlu sediakan ialah laptop atau PC, line internet yang baik dan Microphone untuk mengikuti kelas pembelajaran dengan sempurna. Semasa proses pembelajaran ini anda perlu bezakan perkara berikut;


“Ketahuilah apa perkara yang patut trader dengar
bukan apa yang trader mahu dengar”

Dalam kita mempelajari Teknikal Analisis, sikap sabar dan disiplinamat diperlukan kerana sifat pasaran itu sendiri hidup walaupun“history is always repeated”. Untuk kita mahir dalam Teknikal Analisis, perlu kepada Mengetahui, Memahami dan Menghayati.


"Suka diingatkan Forex ialah satu perniagaan dan dalam
apa jua bentuk perniagaan kita harus mempunyai"
Ia amat memerlukan Pengetahuan, Pendedahan & Pengalaman

KELAS ASAS MT4: PERCUMA

Jika anda tidak tahu perkara asas untuk menggunakan platform MT4, tiada masalah. Anda boleh daftar di sini percuma dan anda akan diajar. http://jaguhforex4u.com/

Sebarang pertanyaan sila tinggalkan pesanan diruangan KOMEN dibawah atau hubungi terus saya:

En Syams
012-9045056

 





Belajar Forex : Topik-topik yang diajar di dalam kursus Jaguh Forex

Belajar Forex : Topik-topik yang diajar di dalam kursus Jaguh Forex 

Kesilapan Pertama : Menggunakan Robot dalam trading? Menguntungkan?

Penggunaan robot dalam trading forex.

KESILAPAN 1: menggunakan Robot untuk menjalankan perniagaan forex secara automatik. Ini adalah kesilapan yang paling biasa dibuat oleh trader-trader di Malaysia dan seluruh dunia.

Forex adalah satu market yang organik serta dinamik dan sentiasa berubah mengikut sentimen.

Jika menggunakan Robot, bagaimanakah robot ini ingin mengikut sentimen semasa sedangkan robot itu tidak mempunyai perasaan ketika dalam trade?

Andai anda menggunakan robot dalam tradeanda, saya sarankananda untuk hentikannya sekarang kerana ia tidak akan memberi manfaat kepada akaun trade anda nanti.

Untuk pengetahuan anda, saya tidak pernah jumpa seorang pun forex trader yang professional menggunakan robot dalam trading mereka. anda agak mengapa mereka tidak menggunakan robot dalam trading forex?

SEBAB IANYA TIDAK BERHASIL. Didalam kursus nanti, saya akan terangkan secara logikal kepada anda, mengapa menggunakan robot dalam trading forex tidak mendatangkan hasil. Di Jaguh Forex, setiap pelajar diajar untuk menggunakan tools yang digunakan oleh trader-trader yang professional dalam urusniaga forex.

Setiap pelajar akan dilatih untuk memaksimakan penggunaan tools tersebut melalui kelas revision online yang saya adakan setiap minggu dengan menggunakan sistem webinar.

Sekian sahaja untuk kali ini, saya harap tulisan saya ini dapat mengelakkan anda dari menggunakan robot dalam trading forex. Kesilapan yang kedua akan menyusul, jangan lupa ikuti saya disini ya? Jumpa lagi.

Note : SEKIRANYA ROBOT BENAR BERFUNGSI DENGAN BAIK MENGAPA BANK-BANK ATAU SOROS TIDAK MENGGUNAKANNYA?

sumber rujukan: Robot

Better Safe Than Sorry

There have been some absolute horror stories in Forex trading over the years. A quick Google search for ‘Forex Scam’ will throw up close to 30 million hits.

Whilst 30 million is quite a significant number, it still pales in comparison to the amount of money lost by Forex traders dealing with dodgy companies.

Suddenly and without warning, traders have found themselves losing some or all of their invested money due to company mismanagement, corruption of funds or just general bad practice. In the end, the unfortunate traders often find that their funds have been swallowed up by creditors and they are left with little or nothing.

But thanks to FXPRIMUS the industry is slowing changing. In an industry first, FXPRIMUS offers an institutional hedge fund style of protection to its retail clients. Here is the first way that FXPRIMUS protects you like no other brokerage: An independent third party administers all segregated customer accounts.

The administrator is TURNSTONE GROUP, who manage over USD1 billion in funds from offices located worldwide. FXPRIMUS is the first retail brokerage in the world to contract such an independent third party fund administrator to monitor the flow of client funds.

TURNSTONE also act as signatories to all client segregated accounts and any funds leaving the client segregated account must first be approved by them. Although this is service is offered at great expense to FXPRIMUS, it does back up the broker’s promise of being ‘The Safest Place to Trade’ – and by quite some way! This level of fund protection is one that NO OTHER Forex brokerage offers.

Click below to find out more about how FXPRIMUS protects your funds:
 Click Here

P.S. FXPRIMUS also offer another industry first with 60 days FREE access to 1-on-1 live coaching, SMS trade alerts, tutorial videos and more inside FXPRIMUS Coach. Take a look here: Click Here

Belajar Menjadi Trader Profesional dalam Trading

Trading makin popular. Ramai yang mula membuka mata untuk mencuba nasib dan ramai juga yang kecewa setelah menceburkan diri.

Dalam apa bidang sekali pun tidak salah untuk mencuba tapi persiapan dan juga pengorbanan perlu dilakukan seiring dengan kemahuan.

Ramai kalangan kita yang menganggap ini bagai permainan dan boleh dilakukan dengan tekaan semata, sekiranya ini lah yang lakukan, nasihat saya berhenti lah kerana ia akan membawa padah yang teruk kepada diri sendiri.

Sebaiknya renungkan kembali, fikir dan bayangkan siapakah mereka yang berada dan berjaya dalam urusniaga ini iaitu golongan 3-5% itu, berapa banyak kah pengalaman mereka, adakah anda boleh berfikir sepertimana mereka, adakah anda boleh menganalisa sepertimana mereka, adakah anda boleh mengambil tindakan sepertimana mereka.

Siapakah mereka. mereka adalah individu profesional dalam urusniaga ini, bank bank dan juga fund manager. Mereka adalah orang yang telah mendapat latihan khusus yang ditaja oleh syarikat dimana mereka bertugas. Justeru itu tanyakan kembali siapakah kita yang baru mendengar perkataan forex hanya beberapa tahun/bulan/minggu/hari yang lalu.

Dengan tanpa melihat kiri dan kanan cuba untuk membuat kajian sendiri mengharapkan kita akan mencapai dan mendapat satu formula untuk trading lalu memasukan modal dalam akaun trading. Sekiranya ini yang berlaku sungguh malang sekali nasib kita kerana wang yang ada itu tidak akan mencukupi untuk kita terus menjalankan kajian. percaya lah.

Nasihat saya belajar lah untuk menjadi sepertimana mereka. Saya lebih kepada mengajar dan membentuk seseorang menjadi trader profesional ketika menjalankan urusniaga dari terus mengajar mendapatkan duit. Bagi saya sekiranya segala langkah, tindakan dan juga keputusan menjurus kepada seorang yang profesional justeru itu keuntungan/duit itu akan datang secara sendirinya.

Ini lebih bersifat kekal kerana anda akan dapat mengikuti dalam apa keadaan pasaran sekali pun dari penggantungan kita pada indikator yang pastinya tidak dapat mengikuti pada semua keadaan pasaran.

Strategi ketenteraan dan teknikal analisis pasaran kewangan

Dalam dunia yang penuh desakan ekonomi sekarang ini, menceburi bidang perniagaan pasaran kewangan seperti Forex, komoditi dan stock adalah pilihan yang tepat dimana pasarannya yang sangat luas sehingga mencecah 4 trillion USD transaksi urusniaga sehari untuk tukaran wang asing.

Walau bagaimanapun adakah anda sedar bahawa melibatkan diri dalam pasaran kewangan ini di ibaratkan seperti anda menghadapi perperangan yang tiada berkesudahan. Tujuan saya membuat analogi perperangan ini adalah untuk membuka mata mesyarakat tentang beberapa mitos dan salah tanggapan mengenai perniagaan ini. Fakta yang cuba saya sampaikan adalah kepentingan mempelajari teknikal analisis dalam berurusniaga.

Mungkin dalam fikiran kita, mempunyai wang yang banyak dan mengetahui berbagai-bagai teknik entry sudah cukup untuk menjamin kejayaan?

Dalam keadaan realitinya, ia seperti perperangan melibatkan strategi & taktik untuk mencapai sesuatu objektif dari masa ke semasa tanpa mendedahkan kelemahan secara terbuka. Fakta ini bersesuaian dengan idealogi Sun Tzu, general tentera Cina 722-481 S.M (king Helu of Wu) ‘Strategy without tactics is the slowest route to victory. Tactics without strategy is the noise before defeat’- The Art Of War. Penegasan di sini adalah strategi dan teknik adalah dua perkara yang berbeza.

Gabungan antara strategi dan teknik adalah teknikal analisis yang akan merumuskan kedudukan kita dalam keadaan ‘advantage’ sebagaimana dalam fenomena pasaran kewangan. Buy atau Sell semua akan memperolehi keuntungan tetapi buy atau sell manakah posisi terbaik pada ketika itu? Ini lah persoalan yang saya jelaskan kepada ahli Jaguh Academy.

Dalam teknikal analisis pasaran kewangan ini. Saya percaya ramai yang beranggapan ianya mestilah sesuatu yang kompleks dan mesti mempelajari pelbagai teknik entry untuk berjaya dalam trading? Daripada idealogi perperangan saya ambilkan contoh era perperangan dingin, konflik ketenteraan antara Viatnam utara (Viet-Cong) dengan gabungan viatnam selatan – Amarika syarikat sekitar tahun 1955-1975. Kekuatan ketenteraan dan kemudahan teknologi ketenteraan Amarika Syarikat pada ketika itu jauh melebihi kekuatan yang dimiliki tentera Viatnam Utara.

Tetapi akhirnya apakah kelebihan ketenteraan Viatnam Utara sehingga memaksa pengunduran tentera Amarika Syarikat pada ketika itu sehingga mengejutkan seluruh mata dunia? Ramai Ahli pengkaji politik dan pakar strategik ketenteraan seluruh dunia merumuskan perangkaan strategik yang terkawal bersesuaian dengan persekitaran yang berubah-ubah memberi kelebihan kepada Viatnam Utara pada ketika itu. Ini adalah hakikat bagaimana penguasaan dalam ‘analytic skill’ lebih penting daripada teknik entry itu sendiri.

Penguasaan dalam analytic skill atau teknikal analisis secara tidak langsung akan memberi lebih keyakinan dan penguasaan emosi dalam setiap tindakan urusniaga kita. Secara peribadi saya banyak menggunakan prinsip ‘The Art of War-Sun Tzu’ di dalam perniaggaan saya sama ada dalam pasaran kewangan mahupun korperat. Saya juga berpendapat Sifat-sifat yang mesti ada pada seorang trader seperti disiplin, sabar, bijak dan determination adalah sifat yang dimiliki juga oleh seorang general tentera. Sebelum menutup bicara, saya ingin sampaikan sebuah kata-kata “ Banyak perkara yang kita anggap susah sebenarnya mudah sebaliknya perkara yang kita anggap mudah adalah susah.

Money Management

Money management, ramai rakan rakan yg terlampau mahukan dapat banyak keuntungan sehingga mengabaikan MONEY MANAGEMENT. MONEY MANAGEMENT ada lah salah satu rukun dalam forex, bank, fund manager berdaftar juga golongan professional semua guna MONEY MANAGEMENT.

Mereka lebih dulu mengetahui pentingnya MONEY MANAGEMENT. Pendapat saya MONEY MANAGEMENT sangat penting kerana ia akan membuatkan jiwa kacau sekiranya tidak mengikut nya dgn betul. Kadang ada yg tanya dgn saya, saya trade guna swing atau scalping saya tak kisah sebab kalau saya sedang memandu saya nampak jalan lurus dan kosong saya bawa lah laju sikit dan sebaliknya kalau jalan sempit sibuk pelan pun cukuplah.

Kalau saya scalping pun range saya dalam 80 just nice dan kalau nak swing pun tak semesti nya 4 -500 pip kadang 150 – 200pip pun ok. tak perlu paksa diri.

Kurangkan jumlah trade yang rugi sbb ia akan beri tekanan dan mengurangkan keyakinan diri. Mengenai belajar dimana pun sama sahaja yang penting diri kita ada ke tidak ciri ciri orang yg boleh berjaya. kalau asyik baru belajar dan tak faham lari cari kelas yg baru sampai bila pun kita akan susah.

Note: Dalam trading, mengetahui apa sedang berlaku dan apa akan berlaku lebih penting dari teknik entry. sbb entry ada dimana mana dan bagaimana kita mempertimbangkannya waktu itu.

Kegagalan adalah peluang untuk bermula sekali lagi dengan lebih bijak

Falsafah kehidupan seorang tokoh industri amarika, Hanry Ford (1863-1947), pengasas kepada Ford Motor Company. Beliau merupakan perintis kepada kenderaan model T’ yang kekal sehingga hari ini.

Apa yang menarik adalah falsafah beliau “Failure is simply the opportunity to begin again more intelligently”. maksudnya Kegagalan adalah peluang untuk bermula sekali lagi dengan lebih bijak. secara realitinya belajar daripada satu kesilapan tidak bermakna anda kebal dari pada kegagalan yang datangnya dari pelbagai keadaan yang berbeza-beza, ia hanyalah menjadikan anda lebih berhati-hati.

Begitu juga dengan perniagaan’trading’ yang kita jalankan hari ini. hampir kesemua mengenali ‘margin call’. mengulangi kesilapan yang sama dan lebih tragis mereka terus mencuba dengan penuh semangat tetapi masih menemui kegagalan. ini secara psycholigy adalah mereka yang merasa diri lebih bijaksana mengatasi market. semangatnya yang kental tetapi perasaan ego memburukan lagi keadaan.

Persoalanya adalah: bagaimana anda mengetahui sesuatu itu adalah sesuatu yang betul atau kesilapan?
Jawapanya adalah ‘rule’. seseorg tidak akan berjaya dalam apa-apa perniagaan selakipun tanpa mempunyai ‘rule’. ‘rule’ boleh di anggap sebagai peganagan. Dalam agama kita sendiri pun meletakan ‘Hukum dan Syarat’ sebagai panduan hidup apatah lagi dalam perniagaan pasaran kewangan ini yang rata-rata profesional menguasainya. seperti kata-kata Henry Ford ‘If you think you can do a thing or think you can’t do a thing, you’re right’.

Hakikatnya kepada pelajar Jaguh Academy. anda telah miliki segalanya. Belajar teknikal analisis dan mempunyai mentor cikgu Kamal Kasiman yang banyak memberi panduan serta bimbingan. tidak perlu belajar sepandai mereka yang profesional, cukup hanya bijak membuat keputusan seperti mereka. sekarang ini adalah masanya untuk anda mempunyai kepercayaan dalam membuat keputusan, membina keyakinan selaras dengan kebijaksanaan dalam membuat pilihan. Dengan doa dan semangat yang cukup, kepercayaan diri dan motivasi untuk terus berjaya, KEJAYAAN ITU PASTI. 100 millionaires within 5 years.

3 tips untuk menjadi trader yang professional

Bagaimana untuk mempunyai pemikiran seperti trader yang professional? Cara trader pasaran kewangan professional berfikir mengenai pasaran forex adalah jauh berbeza daripada cara trader yang baru menceburi dalam bidang pasaran kewangan berfikir.

Secara dasarnya, perbezaan dari segi perspektif dan psikologi yang akan menentukan sama ada anda akan menjadi seorang trader pasaran kewangan yang berjaya atau menjadi antara lambakan trader pasaran kewangan yang gagal.

Jadi, bagaimana anda ingin bermula untuk mempunyai pemikiran seperti mana trader pasaran kewangan professional dan sekaligus meletakkan diri anda di kalangan trader pasaran kewangan yang berjaya?
Teruskan bacaan anda untuk mendapatkan tips-tips di dalam artikel ini.

1. Jangan jadikan aktiviti trading pasaran kewangan suatu perkara yang merumitkan.

Langkah pertama yang perlu anda lakukan untuk mempunyai perspektif seperti trader pasaran kewangan professional adalah membuang semua indikator-indikator atau robot-robot yang telah membuatkan chart pasaran kewangan anda kelihatan semak dan serabut.

Perkara ini tidak pernah gagal untuk mengejutkan saya apabila ramai di kalangan trader pasaran kewanganyang baru tidak ingin membuang indikator forex dan robot pasaran kewangan yang mereka gunakan.

Sebenarnya, benda-benda ini adalah benda yang tidak perlu untuk menghasilkan keuntungan yang konsisten dalam trading pasaran kewangan. Malah benda-benda ini yang akan membuatkan anda ragu-ragu di dalam trading anda dan sentiasa akan membawa anda ke arah keputusan yang salah ketika dalam trading.

Membuatkan trading pasaran kewangan sesuatu yang rumit merupakan salah satu kesilapan besar yang sering dilakukan oleh trader pasaran kewangan yang baru. Secara jujurnya, proses untuk mendapatkan keuntungan yang konsisten melalui pasaran kewangan bukanlah sesuatu perkara yang mudah, jadi jangan jadikan proses ini semakin sukar dengan kehadiran indikator dan robot yang tidak efektif didalam trading anda.

Ianya lebih dari memadai jika anda telah tetapkan beberapa syarat dan strategi dalam trading pasaran kewangan. Saya percaya, jika anda sudah dapat biasakan diri dengan syarat dan strategi yang anda tetapkan, anda akan terasa betapa mengarutnya indikator dan robot yang sebelum ini telah menghantui anda dalam trading pasaran kewangan.

2. Jangan terlalu risaukan tentang news dan fundamental dalam aktiviti trading forex.

Tidak ada sebab anda luangkan masa anda untuk risaukan tentang news dan fundamental ketika trading forex. Saya akui, news dan fundamental adalah penggerak harga pasaran pasaran kewangan tetapi ianya lebih mudah dan efisien jika anda belajar untuk trading mengikut strategi yang telah anda tetapkan berbanding mencuba untuk trading mengikut news.

Kebanyakan trader pasaran kewangan yang berjaya memilih untuk trading forex dengan menggunakan strategi teknikal yang mudah dan tidak risaukan tentang news yang bakal diumumkan. Ini adalah kerana, apa jua news tentang forex yang bakal diumumkan akan mengikut fakta yang dipaparkan di chart pasaran kewangan anda.

Harga pasaran pasaran kewanganyang dipaparkan di chart pasaran kewangan anda adalah keputusan akhir daripada news yang diumumkan. Jadi, jika anda ingin mempunyai pemikiran seperti trader pasaran kewangan yang professional, luangkan lebih masa untuk belajar strategi trading pasaran kewangan secara teknikal daripada risaukan tentang news pasaran kewangan yang bakal diumumkan.

3. Elakkan diri daripada mengikut emosi ketika trading pasaran kewangan.

Sebenarnya kebanyakan trader pasaran kewangan yang baru telah meletakkan diri mereka dalam keadaan beremosi dalam trading dengan melakukan dua perkara asas dalam trading dengan cara yang salah. Pertama sekali, mereka tidak menguruskan money management dengan baik dan betul.

Ini bermakna, mereka meletakkan jumlah risiko dalam trading yang tinggi, tidak mengambil keuntungan ketika mereka patut ambil dan tidak menerima kerugian ketika position itu dalam nilai negatif. Trader pasaran kewangan yang professional sentiasa sedia maklum yang money management yang betul akan mengelakkan emosi mereka daripada terlibat didalam trading pasaran kewangan.

Jadi, anda perlu jadikan money management yang betul satu tabiat dalam trading untuk mengelakkan anda menjadi salah seorang trader yang beremosi didalam trading. Perkara yang kedua ialah terlalu kerap memasuki post ketika trading.

Apa yang perlu anda sedar adalah, dengan mempunyai banyak trade tidak akan membantu anda untuk mencapai matlamat trading anda. Kebanyakan trader pasaran kewangan yang baru akan terkejut dengan berapa kerap trader pasaran kewangan professional trade, kerana kekerapannya sangat jarang. Rumusan Diharap anda dapat manfaatkan ketiga-tiga tips ini didalam aktiviti trading pasaran kewangan anda. Anda dialu-alukan untuk menghadiri ke kursus pasaran kewangan yang saya adakan setiap hari Sabtu.

Di kursus tersebut saya akan huraikan cara berfikir secara professional di dalam trading pasaran kewangan serta strategi untuk anda aplikasikan di dalam trading anda. Lihat ruangan di bawah ini untuk maklumat tentang kelas yang terdekat. Harap kita akan berjumpa di kelas nanti.


Ilmu yang sedikit tetapi betul sudah memadai dalam trading

Untuk kita menjalankan urusniaga dengan selesa kita perlu memahami maksud sesuatu maklumat yang diberi oleh chart. Dengan hanya mengenali nama dan tidak tahu apakah sebenarnya yang berlaku disebalik itu selalu akan memerangkap kita dalam situasi yang tidak kita ingini. Ia bagaikan dongeng tapi itulah situasi yang kerap terjadi di dalam urusniaga trading.

Didalam trading mengapa ada situasi buy dan sell? Situasi ini terjadi disebabkan keinginan manusia untuk mengaut keuntungan dari belian yang murah dan boleh menjual dengan harga yang mahal dan sebaliknya. Ia adalah konsep perniagaan yang mudah difahami. Tiada satu orang pun yang mahu menjalankan perniagaan dan mahu mengalami kerugian.

Oleh itu tiada perniagaan yang boleh dijalankan hanya dengan membuat tekaan semata-mata. Pengetahuan kita dalam sesuatu perniagaan sangat penting sebelum menceburinya. Termasuklah urusniaga didalam trading. Perbezaannya didalam trading, kita tidak perlu mempunyai ilmu yang banyak tetapi jika kita boleh menggunakan secara maksima apa yang kita ketahui, ianya sudah memadai.

Ramai yang beranggapan trading ini terlalu bahaya dan rumit maka mereka cuba untuk menimba seberapa banyak ilmu sehingga menyukarkan mereka untuk memilih mana satu yang patut digunakan. Sebaliknya ada juga yang berfikiran ambil mudah sehingga tidak perlu belajar dan hanya memadai belajar melalui internet.

Sila renungkan fakta-fakta ini.

1. Sekiranya trading ini terlalu mudah mengapakah ramai trader yang gagal dan bilangan itu terlalu besar sekali, tetapi mereka yang gagal masih tidak serik serik dengan keadaan itu. Jawapannya adalah kerana mereka beranggapan ia boleh dikaji dengan mudah tanpa mempelajari cara yang betul untuk berurusniaga trading. Ingin saya ingatkan, pasaran trading bukan satu entiti yang bersifat mekanikal (bersifat tetap), tetapi ianya adalah bersifat organik dimana pasaran berubah-ubah mengikut kehendak belian dan jualan.

 2. Sekiranya trading itu tidak boleh menguntungkan, mengapa bank-bank menjalankan perniagaan ini? Adakah kita berfikiran mereka tidak tahu untuk menilai sesuatu perniagaan? Mereka inilah golongan yang banyak mengaut keuntungan dari trading. Oleh itu sekiranya anda memilih trading ini sebagai salah satu sumber pendapatan, saya amat setuju kerana saya juga melakukan perkara yang sama.

Walaubagaimana pun untuk kita berjaya, kita perlu melalui proses dan ia mungkin panjang dan juga mungkin sebaliknya bergantung kepada kemahuan dan sikap individu itu sendiri untuk berjaya. Nasihat ikhlas dari saya sekiranya anda mahu berjaya dalam trading anda tidak perlu membuat kajian sendiri ,sebaliknya fahami apa yang diajar oleh mereka yang mempunyai pengalaman

sumber rujukan: Ilmu

Kelas Offline Jaguh Academy

Berikut antara bengkel yang telah di jalankan secara offline sekitar tahun 
2011. Walau bagaimanapun kelas tersebut telah digantikan dengan kelas online bermula tahun 2012. Sambutan amat menggalakkan dan mendapat kepercayaan mereka untuk mengikuti kursus tersebut. Sebenarnya masih banyak lagi gambar-gambar bengkel tetapi cukuplah ini untuk tatapan umum