Friday 9 November 2012

Belajar Menjadi Trader Profesional dalam Trading

Trading makin popular. Ramai yang mula membuka mata untuk mencuba nasib dan ramai juga yang kecewa setelah menceburkan diri.

Dalam apa bidang sekali pun tidak salah untuk mencuba tapi persiapan dan juga pengorbanan perlu dilakukan seiring dengan kemahuan.

Ramai kalangan kita yang menganggap ini bagai permainan dan boleh dilakukan dengan tekaan semata, sekiranya ini lah yang lakukan, nasihat saya berhenti lah kerana ia akan membawa padah yang teruk kepada diri sendiri.

Sebaiknya renungkan kembali, fikir dan bayangkan siapakah mereka yang berada dan berjaya dalam urusniaga ini iaitu golongan 3-5% itu, berapa banyak kah pengalaman mereka, adakah anda boleh berfikir sepertimana mereka, adakah anda boleh menganalisa sepertimana mereka, adakah anda boleh mengambil tindakan sepertimana mereka.

Siapakah mereka. mereka adalah individu profesional dalam urusniaga ini, bank bank dan juga fund manager. Mereka adalah orang yang telah mendapat latihan khusus yang ditaja oleh syarikat dimana mereka bertugas. Justeru itu tanyakan kembali siapakah kita yang baru mendengar perkataan forex hanya beberapa tahun/bulan/minggu/hari yang lalu.

Dengan tanpa melihat kiri dan kanan cuba untuk membuat kajian sendiri mengharapkan kita akan mencapai dan mendapat satu formula untuk trading lalu memasukan modal dalam akaun trading. Sekiranya ini yang berlaku sungguh malang sekali nasib kita kerana wang yang ada itu tidak akan mencukupi untuk kita terus menjalankan kajian. percaya lah.

Nasihat saya belajar lah untuk menjadi sepertimana mereka. Saya lebih kepada mengajar dan membentuk seseorang menjadi trader profesional ketika menjalankan urusniaga dari terus mengajar mendapatkan duit. Bagi saya sekiranya segala langkah, tindakan dan juga keputusan menjurus kepada seorang yang profesional justeru itu keuntungan/duit itu akan datang secara sendirinya.

Ini lebih bersifat kekal kerana anda akan dapat mengikuti dalam apa keadaan pasaran sekali pun dari penggantungan kita pada indikator yang pastinya tidak dapat mengikuti pada semua keadaan pasaran.

0 comments:

Post a Comment