Friday 9 November 2012

Kegagalan adalah peluang untuk bermula sekali lagi dengan lebih bijak

Falsafah kehidupan seorang tokoh industri amarika, Hanry Ford (1863-1947), pengasas kepada Ford Motor Company. Beliau merupakan perintis kepada kenderaan model T’ yang kekal sehingga hari ini.

Apa yang menarik adalah falsafah beliau “Failure is simply the opportunity to begin again more intelligently”. maksudnya Kegagalan adalah peluang untuk bermula sekali lagi dengan lebih bijak. secara realitinya belajar daripada satu kesilapan tidak bermakna anda kebal dari pada kegagalan yang datangnya dari pelbagai keadaan yang berbeza-beza, ia hanyalah menjadikan anda lebih berhati-hati.

Begitu juga dengan perniagaan’trading’ yang kita jalankan hari ini. hampir kesemua mengenali ‘margin call’. mengulangi kesilapan yang sama dan lebih tragis mereka terus mencuba dengan penuh semangat tetapi masih menemui kegagalan. ini secara psycholigy adalah mereka yang merasa diri lebih bijaksana mengatasi market. semangatnya yang kental tetapi perasaan ego memburukan lagi keadaan.

Persoalanya adalah: bagaimana anda mengetahui sesuatu itu adalah sesuatu yang betul atau kesilapan?
Jawapanya adalah ‘rule’. seseorg tidak akan berjaya dalam apa-apa perniagaan selakipun tanpa mempunyai ‘rule’. ‘rule’ boleh di anggap sebagai peganagan. Dalam agama kita sendiri pun meletakan ‘Hukum dan Syarat’ sebagai panduan hidup apatah lagi dalam perniagaan pasaran kewangan ini yang rata-rata profesional menguasainya. seperti kata-kata Henry Ford ‘If you think you can do a thing or think you can’t do a thing, you’re right’.

Hakikatnya kepada pelajar Jaguh Academy. anda telah miliki segalanya. Belajar teknikal analisis dan mempunyai mentor cikgu Kamal Kasiman yang banyak memberi panduan serta bimbingan. tidak perlu belajar sepandai mereka yang profesional, cukup hanya bijak membuat keputusan seperti mereka. sekarang ini adalah masanya untuk anda mempunyai kepercayaan dalam membuat keputusan, membina keyakinan selaras dengan kebijaksanaan dalam membuat pilihan. Dengan doa dan semangat yang cukup, kepercayaan diri dan motivasi untuk terus berjaya, KEJAYAAN ITU PASTI. 100 millionaires within 5 years.

0 comments:

Post a Comment