Friday 9 November 2012

Kesilapan Pertama : Menggunakan Robot dalam trading? Menguntungkan?

Penggunaan robot dalam trading forex.

KESILAPAN 1: menggunakan Robot untuk menjalankan perniagaan forex secara automatik. Ini adalah kesilapan yang paling biasa dibuat oleh trader-trader di Malaysia dan seluruh dunia.

Forex adalah satu market yang organik serta dinamik dan sentiasa berubah mengikut sentimen.

Jika menggunakan Robot, bagaimanakah robot ini ingin mengikut sentimen semasa sedangkan robot itu tidak mempunyai perasaan ketika dalam trade?

Andai anda menggunakan robot dalam tradeanda, saya sarankananda untuk hentikannya sekarang kerana ia tidak akan memberi manfaat kepada akaun trade anda nanti.

Untuk pengetahuan anda, saya tidak pernah jumpa seorang pun forex trader yang professional menggunakan robot dalam trading mereka. anda agak mengapa mereka tidak menggunakan robot dalam trading forex?

SEBAB IANYA TIDAK BERHASIL. Didalam kursus nanti, saya akan terangkan secara logikal kepada anda, mengapa menggunakan robot dalam trading forex tidak mendatangkan hasil. Di Jaguh Forex, setiap pelajar diajar untuk menggunakan tools yang digunakan oleh trader-trader yang professional dalam urusniaga forex.

Setiap pelajar akan dilatih untuk memaksimakan penggunaan tools tersebut melalui kelas revision online yang saya adakan setiap minggu dengan menggunakan sistem webinar.

Sekian sahaja untuk kali ini, saya harap tulisan saya ini dapat mengelakkan anda dari menggunakan robot dalam trading forex. Kesilapan yang kedua akan menyusul, jangan lupa ikuti saya disini ya? Jumpa lagi.

Note : SEKIRANYA ROBOT BENAR BERFUNGSI DENGAN BAIK MENGAPA BANK-BANK ATAU SOROS TIDAK MENGGUNAKANNYA?

sumber rujukan: Robot

0 comments:

Post a Comment