Friday 9 November 2012

Ilmu yang sedikit tetapi betul sudah memadai dalam trading

Untuk kita menjalankan urusniaga dengan selesa kita perlu memahami maksud sesuatu maklumat yang diberi oleh chart. Dengan hanya mengenali nama dan tidak tahu apakah sebenarnya yang berlaku disebalik itu selalu akan memerangkap kita dalam situasi yang tidak kita ingini. Ia bagaikan dongeng tapi itulah situasi yang kerap terjadi di dalam urusniaga trading.

Didalam trading mengapa ada situasi buy dan sell? Situasi ini terjadi disebabkan keinginan manusia untuk mengaut keuntungan dari belian yang murah dan boleh menjual dengan harga yang mahal dan sebaliknya. Ia adalah konsep perniagaan yang mudah difahami. Tiada satu orang pun yang mahu menjalankan perniagaan dan mahu mengalami kerugian.

Oleh itu tiada perniagaan yang boleh dijalankan hanya dengan membuat tekaan semata-mata. Pengetahuan kita dalam sesuatu perniagaan sangat penting sebelum menceburinya. Termasuklah urusniaga didalam trading. Perbezaannya didalam trading, kita tidak perlu mempunyai ilmu yang banyak tetapi jika kita boleh menggunakan secara maksima apa yang kita ketahui, ianya sudah memadai.

Ramai yang beranggapan trading ini terlalu bahaya dan rumit maka mereka cuba untuk menimba seberapa banyak ilmu sehingga menyukarkan mereka untuk memilih mana satu yang patut digunakan. Sebaliknya ada juga yang berfikiran ambil mudah sehingga tidak perlu belajar dan hanya memadai belajar melalui internet.

Sila renungkan fakta-fakta ini.

1. Sekiranya trading ini terlalu mudah mengapakah ramai trader yang gagal dan bilangan itu terlalu besar sekali, tetapi mereka yang gagal masih tidak serik serik dengan keadaan itu. Jawapannya adalah kerana mereka beranggapan ia boleh dikaji dengan mudah tanpa mempelajari cara yang betul untuk berurusniaga trading. Ingin saya ingatkan, pasaran trading bukan satu entiti yang bersifat mekanikal (bersifat tetap), tetapi ianya adalah bersifat organik dimana pasaran berubah-ubah mengikut kehendak belian dan jualan.

 2. Sekiranya trading itu tidak boleh menguntungkan, mengapa bank-bank menjalankan perniagaan ini? Adakah kita berfikiran mereka tidak tahu untuk menilai sesuatu perniagaan? Mereka inilah golongan yang banyak mengaut keuntungan dari trading. Oleh itu sekiranya anda memilih trading ini sebagai salah satu sumber pendapatan, saya amat setuju kerana saya juga melakukan perkara yang sama.

Walaubagaimana pun untuk kita berjaya, kita perlu melalui proses dan ia mungkin panjang dan juga mungkin sebaliknya bergantung kepada kemahuan dan sikap individu itu sendiri untuk berjaya. Nasihat ikhlas dari saya sekiranya anda mahu berjaya dalam trading anda tidak perlu membuat kajian sendiri ,sebaliknya fahami apa yang diajar oleh mereka yang mempunyai pengalaman

sumber rujukan: Ilmu

0 comments:

Post a Comment