Bibiliografi Pengajar

En. Mohamed Kamal Kasiman merupakan seorang Professional Trader yang berpengalaman dan juga pengajar teknikal analisis kepada Jaguh Academy yang diasaskan oleh beliau sendiri pada tahun 2010 dan ini merupakan cabang khidmat sosial beliau kepada masyarakat dalam memberi kesedaran dan bersedia berkongsi pengalaman selama 17 tahun penglibatan beliau dalam perniagaan ini.

Penglibatan awal beliau dalam bidang kewangan ini bermula semasa beliau menjawat jawatan sebagai Bank Executive di salah sebuah bank tempatan sekitar tahun 1990 hingga 1991 sebelum diberi mandat kepercayaan oleh Pengurusi Executive Kumpulan bank tersebut pada tahun 1993 untuk menyandang jawatan sebagai Personal Manager, diantara tugasan utama beliau adalah menguruskan sebahagian aset pelabuaran peribadi majikan beliau pada ketika itu.

Antara pasaran kewangan yang beliau aktif terlibat termasuklah BSKL, Komoditi dan Tukaran Matawang Asing. Selain daripada itu, beliau juga terlibat dalam bidang korporat sekitar tahun 1998 dan menyandang jawatan sebagai Pengerusi untuk beberapa syarikat korporat sehinggalah pada tahun 2004 beliau memutuskan untuk bersara sepenuhnya dari bidang korporat serta meletak jawatan sebagai Personal Manager.

Selepas itu beliau meneruskan perniagaan secara persendirian dalam pasaran kewangan sekitar 5 tahun sebelum memulakan langkah beliau dalam bidang pendidikan. Beliau seorang yang produktif, sentiasa menjaga profesionalisme dan integriti sebagai seorang pengajar dan tidak mustahil jika beliau merupakan mentor kepada hampir 800 ahli kursus sejak 2 tahun penubuhan Jaguh Academy. Fakta kejayaan dan kefahaman ahli yang ditunjukkan adalah pemangkin semangat beliau untuk terus menjadikan Jaguh Academy sebagai platform terbaik untuk melahirkan lebih ramai Professional Trader di kalangan masyarakat Malaysia sendiri sejajar dengan haluan ekonomi kita ke arah yang lebih terbuka

0 comments:

Post a Comment